Nov 6, 2010

khAS UNtuk SEMua....

d0a untuk kekaseh..
ya Allah,
seandainya telah engkau catatkan..
dia milikku tercipta buat ku..
satukan lah hatinya dengan hatiku..
titipkanlah kebahagian antara kami..
agar kemesraan itu abadi..
dan ya Allah,
ya tuhanku yang maha mengasihi,
seiringkanlah kami melayari hidup ini..
ketepian yang sejahtera dan abadi..

tetapi ya Allah,
seandainya telah engkau takdirkan,
dia bukan milik ku,
bawalah ia jauh dari pandangan ku,
luputkanlah ia dari ingatan ku,
dan peliharalah aku dari kekecewaan..

serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti,
berikanlah aku kekuatan,
melontar bayangannya,
jauh ke dada langit,
hilang bersama senja nan merah,
agar ku bisa bahagia,
walaupun tanpa bersama dengannya..

dan ya Allah yang tercinta,
gantikanlah yang telah hilang,
tumbuhkanlah kembali yang telah patah,
walaupun tidak sama dengan dirinya..

ya Allah ya tuhanku,
pasrahkanlah aku dengan takdirmu,
sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan,
adalah yang terbaik buat ku,
kerana engkau maha mengetahui segala yang terbaik buat hamba mu ini..

ya Allah,
cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemelihara ku,
di dunia dan di akhirat,
dengarlah rintihan dari hamba mu yang daif ini,
jangan engkau biarkan aku sendirian,
di dunia ini mahupun di akhirat,
menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran,
maka kurniakan lah aku seorang pasangan yang beriman,
supaya aku dan dia dapat sama2 membina kesejahteraan hidup,
ke jalan yang engkau redhai..

amin,


ya rabbal a'lamin..